DIGITAL MAKTABAH
Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei

Yakin Bacaan
Sebelum Ramadan

Sudah boleh membaca Al-Quran, tetapi masih ragu dengan ketepatan bacaan sendiri?
Perbaiki sebutan, tajwid dan keyakinan bersama bimbingan Ustazah.
Ustazah Qamariah
01 / SIAPA YANG SESUAI?

Pernah berasa
seperti ini?

✓
Sudah boleh membaca, tetapi masih ragu dengan makhraj atau panjang pendek bacaan.
✓
Ingin mengetahui bahagian bacaan yang perlu diperbaiki, bukan sekadar mendengar teori.
✓
Sukar beristiqamah berlatih tanpa bimbingan dan maklum balas guru.

Untuk siapa?

  • Program ini sesuai untuk pelajar yang sudah boleh membaca Al-Quran dan ingin meningkatkan ketepatan serta keyakinan. Jika masih belum mengenal huruf atau belum dapat membaca asas, Client Care boleh mencadangkan laluan pembelajaran asas yang lebih sesuai.
02 / CARA KELAS BERJALAN

Bimbingan praktikal,
setiap minggu.

Sesi Zoom bersama Ustazah Qamariah
AHAD • 8:00 – 9:00 MALAM

Format sesi
Zoom Live

4 sesi sebulan
BND60

Pembimbing
Ustazah Qamariah

Kapasiti kelas
Maksimum 25 pelajar

Kenal pasti cabaran

Pelajar berkongsi kesukaran sebutan atau bacaan dalam surah yang dipelajari.

Lihat demonstrasi

Ustazah menunjukkan cara bacaan yang betul secara praktikal dan jelas.

Latihan dan pembetulan

Pelajar berlatih dan menerima bimbingan dalam sesi. Penyertaan mikrofon boleh dibuat mengikut keselesaan.

Sambung latihan di rumah

Akses rakaman penuh, nota dan bahan Digital Maktabah untuk mengulang kaji.

1 Voice Note Review setiap bulan

Dihantar melalui WhatsApp, disemak oleh guru yang sama, dengan maklum balas terperinci dalam tempoh 7 hari.

03 / SILIBUS PEMBELAJARAN

Silibus 5 bulan,
mengikut peringkat.

Cadangan tempoh pembelajaran ialah 3–5 bulan, mengikut tahap bacaan semasa dan komitmen latihan setiap pelajar. Silibus penuh di bawah merangkumi 5 bulan (20 minggu).

  1. Bulan1

    Menggunakan eBook 336 Bunyi Asas

    Minggu 1–4
    • Makhraj: bacaan sukun
    • Bacaan sabdu
    • Latihan bacaan (kalimah)
  2. Bulan2

    Menggunakan eBook 336 Bunyi Asas

    Minggu 5–8
    • Bacaan panjang pendek (baris atas, bawah, depan)
    • Bacaan tanwin dan lin
    • Latihan bacaan 1 (potongan ayat)
    • Latihan bacaan 2 (potongan ayat)
  3. Bulan3

    Tajwid

    Minggu 9–12
    • Nun sukun dan tanwin
    • Mad bahagian 1 (2 harakat)
    • Mad bahagian 2 (4/5 harakat)
    • Mad bahagian 3 (6 harakat)
  4. Bulan4

    Tajwid istimewa

    Minggu 13–16
    • Iltiqo Sakinain
    • Sujud tilawah / saktah
    • Ibtida hamzah wasal
    • Tanda-tanda (isymam, imalah, tashil)
  5. Bulan5

    Latihan bacaan

    Minggu 17–20
    • Mad lazim / huruf muqottho'ah
    • Waqof ibtida (fokus pada ayat panjang yang tiada tanda waqaf)
    • Bacaan surah lazim (4 Qul, Ayat Kursi, 2 ayat terakhir Surah Al-Baqarah)
    • Penutup kelas

Coaching fokus

Coaching menyelesaikan cabaran pelajar, bukan mengajar teori dari awal. Latihan bacaan praktikal diambil daripada surah pilihan dan surah dalam Juzuk 30. Program ini bukan pengganti kursus asas yang menyeluruh.

E-Sijil

Tertakluk kepada kehadiran minimum 12 sesi, tempoh pembelajaran minimum 3 bulan dan penilaian akhir bersama guru. Penilaian dibuat melalui rakaman bacaan pilihan guru, tertumpu kepada makhraj dan aplikasi tajwid. Keputusan penilaian menentukan kelayakan.

i
Kemajuan berbeza mengikut tahap permulaan, kekerapan latihan dan penglibatan setiap pelajar.
04 / PILIH LALUAN ANDA

Bimbingan yang sesuai
dengan keperluan.

GROUP COACHING
BND60 / bulan
  • ✔ 4 sesi Zoom berkumpulan × 60 minit
  • ✔ Setiap Ahad, 8:00 – 9:00 malam
  • ✔ 1 Voice Note Review setiap bulan
  • ✔ Akses penuh Digital Maktabah dan rakaman
VIP 1-ON-1
BND130 / bulan
  • ✔ 4 sesi Zoom individu × 45–60 minit
  • ✔ Pelan pembelajaran peribadi mengikut tahap
  • ✔ Fokus guru khusus kepada seorang pelajar
  • ✔ Boleh turut serta dalam sesi Group Coaching

Memerlukan perhatian individu?

VIP memberi ruang khusus untuk memperbaiki bacaan mengikut pelan peribadi bersama guru. Group Coaching pula menawarkan bimbingan praktikal dalam suasana berkumpulan yang tersusun.

05 / KISAH PELAJAR AMG

Pengalaman
Tuan Husaini

Dengarkan sendiri pengalaman Tuan Husaini belajar bersama Al-Muyassar Group dalam rakaman video di bawah.

Lebih yakin dan teratur dalam bacaan.

Tuan Husaini Pelajar Al-Muyassar Group
Tonton video penuh pengalaman Tuan Husaini di YouTube →
Kod QR video Tuan Husaini
i
Kisah ini ialah pengalaman pembelajaran beliau bersama AMG, bukan dakwaan bahawa semua hasilnya datang daripada pakej Group Coaching semasa.
06 / SOALAN LAZIM

Soalan yang
sering ditanya.

Bagaimana jika terlepas kelas?

Rakaman tersedia di Digital Maktabah selama 1 tahun penuh dari tarikh pendaftaran.

Bagaimana jika uzur syar'i?

Pelajar masih digalakkan mengikuti sesi pembelajaran tanpa perlu menyertai praktikal bacaan.

Bagaimana jika segan membuka kamera atau mikrofon?

Tidak diwajibkan. Namun, latihan bacaan secara aktif membantu guru memberi maklum balas yang tepat.

Bilakah boleh mula?

Pendaftaran dibuka setiap minggu. Pelajar baharu boleh terus bermula pada hari Ahad berikutnya.

Bagaimana cara pembayaran?

Melalui pindahan bank (BIBD / Baiduri) ke akaun rasmi AMG. Client Care akan memberikan butiran akaun dan mengesahkan resit pembayaran anda.

Soalan Lanjut

07 / PENDAFTARAN

Mudah untuk mula.

3 Langkah Pendaftaran
1

WhatsApp Client Care untuk menyemak kesesuaian.

2

Sahkan pilihan pakej dan buat pembayaran yuran.

3

Sertai WhatsApp Group khas dan mula pada hari Ahad berikutnya.

1 / 8
Client Care